Tuesday, August 11, 2009

Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN

(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)

Peraturan-Peraturan terpakai bagi

a. seseorang yang bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan; dan
b. seseorang majikan bagi kelas atau industri yang dikehendaki mengambil kerja pegawai keselamatan dan kesihatan.

Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan melainkan jika telah berdaftar dengan Ketua Pengarah.

Permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan berserta dengan Borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 berserta dengan fee pemprosesan sebanyak RM 100.00 disertai dengan apa-apa dokumen dan maklumat seperti yang dinyatakan dalam Borang.

Kelayakan Pendaftaran

a. mempunyai diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau setaraf yang diluluskan oleh Menteri

b. berjaya menamatkan kursus latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lulus peperiksaan bagi kursus itu atau setaraf yang diluluskan oleh Menteri dan mempunyai minimum 3 tahun pengalaman dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

(Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang dijalankan oleh IKKPN adalah antara kursus yang diluluskan)

c. Pernah bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk tempoh minimum 10 tahun; atau

d. Mempunyai kelayakan lain atau telah menerima latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri

Seseorang tidak berhak untuk didaftarkan sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan jika

a. disabitkan dengan mana-mana kesalahan dibawah Akta atau peraturan yang dibuat dibawahnya;

b. disabitkan dengan mana-mana kesalahan dan dihukum lebih daripada satu tahun penjara atau didenda lebih daripada RM 2000.00 dan

c. diisytiharkan bankrap

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang telah didaftar hendaklah menghadiri apa-apa program pendidikan berterusan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi maksud pembaharuan pendaftaran.

(Program pendidikan berterusan ertinya kursus, seminar, persidangan atau program pendidikan yang lain dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau setaraf, yang diluluskan oleh Ketua Pengarah)

Perakuan Pendaftaran

Tempoh sah untuk pendaftaran ialah 3 tahun kecuali jika dibatalkan terlebih dahulu.

Pembaharuan Pendaftaran

Pegaawi Keselamatan dan Kesihatan dikehendaki membuat permohonan pembaharuan pendaftaran dengan mengemukakan Borang seperti dalam jadual II disertai dengan fee pemprosesan sebanyak RM 50.00.

Keengganan Untuk Mendaftar

Ketua Pengarah boleh enggan mendaftar mana-mana permohonan pendaftaran jika:

a. telah berhenti menjadi Pegawai Keselamatan dan Kesihatan;

b. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan berdaftar tetapi tidak pernah dilantik sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dibawah Akta;

c. Tidak memenuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan dibawah peraturan ini,

d. Gagal menjalankan kewajipan sebagaimana yang dinyatakan dibawah Akta dan Peraturan, atau

e. Tidak menunjukkan apa-apa bukti dia telah menghadiri program pendidikan berterusan dalam tempoh 3 tahun yang terakhir.

Pembatalan Pendaftaran

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pada bila-bila masa jika

a. telah berhenti menjadi pegawai keselamatan dan kesihatan,

b. telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan dibawah Akta atau Peraturan,

c. tidak memenuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan di bawah Peraturan ini atau perintah yang dibuat oleh Menteri, atau

d. telah memperolehi pendaftaran melalui salah nyataan atau fraud

Kewajipan Majikan

a. menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai termasuk peralatan latihan, dan maklumat yang mencukupi bagi membolehkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan menjalankan kewajipannya;

b. membenarkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan menghadiri program pendidikans ekurang-kurangnya sekali setahun, dan

c. mengarahkan seorang atau lebih penyelia membantu Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dalam mana-mana penyiasatan mengenai kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan.

Kewajipan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

a. menasihati majikan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan;

b. memeriksa tempat kerja untuk menentukan apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja,

c. menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan,

d. membantu majikan atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dalam menganjur da melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

e. menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan;

f. membantu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dalam pemeriksaan tempat kerja;

g. memungut, menganalisa dan menyenggara statistik;

h. membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya dibawah Akta dan Peraturan; dan

i. menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh majikan atas apa-apa perkara ayng berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

Laporan

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada majikan berkaitan aktiviti-aktiviti sebelum 10 haribulan setiap bulan dan mestilah mengandungi:

a. apa-apa tindakan yang perlu diambil oleh majikan untuk mematuhi Akta dan Peraturan;

b. cara untuk mewujudkan dan mengekalkan keadaan bekerja yang selamat dan sihat;

c. jumlah dan jenis kemalangan termasuk jumlah orang yang terlibat( LTI dan NLTI);

d. apa-apa jentera, loji, peralatan perkakas, bahan atau proses, atau jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan;

e. apa-apa jentera, loji, peralatan perkakas, bahan atau apa=apa alat pelindung diri yang dikehendaki bagi mengurangkan risiko;

f. mengesyorkan apa-apa pengubahan yang perlu dibuat bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

g. apa-apa kerja yang telah dijalankan untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

h. apa-apa perkara yang belum selesai yang berbangkit daripada laporan yang terdahulu; atau

i. apa-apa perkara lain yang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)


Majikan daripada kelas atau jenis industri yang berikut hendaklah mengambil kerja pegawai keselamatan dan kesihatan

a. pengendalian bangunan : nilai kontrak projek melebihi RM 20 juta;

b. pembinaan kejuruteraan : nilai kontrak projek melebihi RM 20 juta;

c. Pembinaan kapal yang mengambil kerja lebih daripada 100 pekerja pada puncak kerja;

d. Aktiviti memproses gas atau industri petrokimia dengan lebih daripada 100 pekerja;

e. Industri kimia dan yang bersekutu dengan lebih dariapda 100 pekerja;

f. Aktiviti membuat dandang dan vessel tekanan dengan lebih daripada 100 pekerja;

g. Industri logam dengan lebih daripada 100 pekerja;

h. Industri kerja kayu dengan lebih daripada 100 pekerja;

i. Aktiviti pembuatan simen dengan lebih daripada 100 pekerja;

j. Aktiviti pembuatan lain daripad (f) hingga (i) dengan lebih daripada 500 pekerja.

Tindakan Yang Perlu Diambil Ke Atas Laporan

Majikan yang telah menerima laporan daripada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan hendaklah :

a. membincangkan laporan tersebut dengan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dalam tempoh 2 minggu; dan

b. menanda tangan balas sebagai pengakuan penerimaan

Laporan hendaklah disimpan dalam keadaan baik untuk tempoh selama tempoh 10 tahun

No comments:

Post a Comment