Friday, August 7, 2009

CIMAH

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
(KAWALAN TERHADAP BAHAYA KEMALANGAN BESAR DALAM
PERINDUSTRIAN) 1996

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 66 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

BAHAGIAN I
PERMULAAN

Nama dan mula berkuatkuasa

1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1996

Pemakaian

2. Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua aktiviti industri kecuali -

(a) suatu pepasangan nuklear;

(b) suatu pepasangan di bawah angkatan tentera;

(c) suatu kenderaan atau vesel yang mengangkut bahan berbahaya ke atau dari tapak suatu aktiviti industri; dan

(d) suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang adalah atau sama kurang daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya.

Tafsiran

3. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

“aktiviti industri” ertinya -

(a) suatu operasi yang dijalankan dalam suatu pepasangan industri yang disebut dalam Jadual 4 yang melibatkan atau akan melibatkan satu atau lebih bahan berbahaya, dan termasuklah simpanan dan pengangkutan di kawasan tapak yang berkaitan dengan operasi tersebut; atau

(b) suatu penyimpanan atau penyediaan bahan berbahaya di mana-mana tempat, pepasangan, premis, bangunan atau kawasan tanah sama ada terasing atau dalam suatu establismen, iaitu suatu tapak yang digunakan bagi maksud penyimpanan;


“bahan berbahaya” ertinya -

(a) apa-apa bahan yang dalam mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam Jadual I; atau

(b) apa-apa bahan yang disenaraikan dalam Bahagian 1 dan 2:

“kemalangan besar” ertinya suatu kejadian termasuk, terutamanya, suatu pengeluaran besar, kebakaran atau letupan, akibat daripada pembangunan yang tidak terkawal dalam perjalanan suatu aktiviti industri yang menyebabkan bahaya serius kepada orang, sama ada serta merta atau kemudiannya atau dalam atau luar suatu pepasangan, atau kepada alam sekitar, dan melibatkan satu atau lebih bahan berbahaya;

“kuantiti ambang”, berhubungan dengan bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan berbahaya yang diberi, ertinya kuantiti atau kuantiti-kuantiti yang adalah atau sama dengan amaun yang dinyatakan dalam Jadual 2;

“maklumat lanjut yang relevan”, bagi maksud Jadual 3, ertinya maklumat yang perlu bagi penilaian kesan kemungkinan kemalangan besar dan yang, dalam hal keadaan -

(a) adalah dikehendaki secara munasabah oleh seseorang penanya untuk menilai risiko kepada kesihatan dan keselamatannya disebabkan oleh suatu kemalangan industri dan untuk mengetahui dan memahami tindakan yang dia boleh ambil dalam keadaan suatu kemalangan; dan

(b) jika maklumat yang akan didedahkan oleh pengilang, maklumat itu adalah sedemikian yang munasabah baginya untuk mendedahkan dengan mengambil kira kehendak undang-undang dan kepentingan perdagangannya;

“Orang Kompeten” ertinya seseorang pekerja atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh pengilang dan diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk menyediakan suatu laporan bertulis menurut kehendak Bahagian IV;

“pegawai” ertinya seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta;

“pengilang” ertinya seseorang majikan atau penghuni yang mempunyai kawalan terhadap suatu aktiviti industri;

“penyediaan” ertinya suatu campuran atau larutan dua atau lebih bahan;

“pepasangan bahaya besar” ertinya suatu aktiviti industri yang mengeluar, memproses, mengendali, mengguna, membuang atau menyimpan sama ada secara kekal atau sementara, satu atau lebih bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan berbahaya dalam kuantiti atau kuantiti-kuantiti yang adalah atau sama atau melebihi kuantiti ambang, atau suatu aktiviti industri yang ditentukan oleh Ketua Pengarah mengikut subperaturan 7(2);

“pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luarbandar atau pihak berkuasa tempatan serupa yang lain yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis dan termasuklah suatu pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;

“pihak berkuasa pelabuhan” ertinya mana-mana pihak berkuasa pelabuhan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“tapak” ertinya -

(a) keseluruhan suatu kawasan tanah di bawah kawalan pengilang dan termasuklah suatu tambangan, jeti atau struktur yang serupa sama ada terapung atas air atau tidak; dan

(b) suatu struktur sama ada terapung atas air atau tidak, yang di bawah kawalan pengilang.

Had kuasa pegawai

4. Semua dijalankan oleh seseorang pegawai kecuali yang dinyatakan dalam subperaturan 7(2) dan peraturan 13.

Kewajipan pengilang dan pekerja

5. (1) Tiap-tiap pengilang yang menjalankan suatu aktiviti industri hendaklah -

(a) mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan ini;

(b) dengan seberapa segera yang dia sedar akan suatu bahaya hampir yang boleh menjejaskan keselamatan orang atau alam sekitar, mengambil tindakan serta merta untuk mengatasi keadaan itu; dan

(c) mengadakan dan menyenggarakan suatu sistem pengurusan yang baik bagi mengawal apa-apa kemalangan besar yang diperihalkan dalam laporan yang dibuat di bawah subperaturan 14(1) dan peraturan 16.

(2) Tiap-tiap pekerja hendaklah -

(a) bekerjasama dengan pengilang dalam mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan ini;

(b) bertindak dalam apa-apa cara yang tidak membahayakan dirinya atau menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan kepada dirinya atau kepada orang lain, atau kerosakan kepada nyawa dan harta; dan

(c) memberitahu pengilang dengan seberapa segera yang dia sedar tentang apa-apa kemungkinan bahaya yang dia fikir boleh menyebabkan suatu kemalangan besar, dan adalah berhak memberitahu seseorang pegawai tentang kemungkinan bahaya itu.








BAHAGIAN II
PENGENALPASTIAN DAN PEMEBERITAHUAN SUATU
AKTIVITI INDUSTRI

Pemakaian

6. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan bahan berbahaya.


Pengenalpastian dan pemberitahuan

7. (1) Tiap-tiap pengilang hendaklah -

(a) mengenalpasti suatu aktiviti industri dalam kawalannya; dan

(b) mengemukakan kepada Ketua Pengarah Borang Pemberitahuan Aktiviti Industri (selepas daripada ini disebut sebagai “Pemberitahuan”) yang dinyatakan dalam Jadual 5 -

(i) dalam tempoh tiga bulan selepas mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini berkenaan dengan suatu pepasangan yang sedia ada atau suatu pepasangan yang di dalam pembinaan; atau

(ii) berkenaan dengan suatu pepasangan baru selepas mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, dalam tempoh sebulan sebelum pepasangan baru itu dina.

(2) Apabila menerima Pemberitahuan itu, Ketua Pengarah boleh menentukan bahawa pepasangan -

(a) adalah suatu pepasangan bahaya besar walaupun kuantiti bahan berbahaya yang disenaraikan dalam Bahagian 1 Jadual 2 atau bahan dan penyediaan yang termasuk dalam kategori atau kategori-kategori yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Jadual 2 adalah atau kurang daripada kuantiti ambang jika, pada pendapatnya, pepasangan itu boleh menyebabkan suatu kemalangan besar; atau

(b) adalah bukan suatu pepasangan bahaya besar walaupun kuantiti bahan berbahaya yang disenaraikan dalam Bahagian 1 dan 2 atau bahan dan penyediaan yang termasuk dalam suatu kategori atau kategori-kategori yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Jadual 2 adalah atau sama atau melebihi kuantiti ambang jika, pada pendapatnya, pepasangan itu tidak berupaya menyebabkan suatu kemalangan besar.

Pemberitahuan pertukaran

8. Pengilang hendaklah dengan serta merta memberitahu Ketua Pengarah akan apa-apa pertukaran dalam mana-mana butiran yang dinyatakan dalam Pemberitahuan termasuk suatu penambahan atau pengurangan dalam kuantiti maksima apa-apa bahan berbahaya yang berada atau mungkin akan berada di tapak atau dalam talian paip atau pemberitahuan suatu aktiviti industri, dengan mengemukakan semula Pemberitahuan itu.
BAHAGIAN III
DEMONSTRASI OPERASI SELAMAT BAGI
PEPASANGAN BAHAYA BUKAN BESAR

9. Bahagian ini hendaklah terpakai pada -

(a) suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan-

(i) bagi bahan berbahaya yang disenaraikan dalam Bahagian 1 Jadual 2, suatu kuantiti bahan berbahaya yang kurang daripada kuantiti ambang yang dinyatakan di dalamnya; atau

(ii) bagi bahan dan penyediaan yang termasuk dalam kategori atau kategori-kategori yang dinyatkan dalam Bahagian 2 Jadual 2, jumlah kuantiti bahan dan penyediaan dalam kategori atau kategori-kategori yang kurang daripada kuantiti ambang yang dinyatakan di dalamnya dan yang tidak ditentukan sebagai pepasangan bahaya besar di bawah perenggan 7(2)(a); dan

(b) suatu pepasangan yang ditentukan sebagai suatu pepasangan bahaya bukan besar oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(2)(b).

Demonstrasi operasi selamat

10. Seseorang pengilang yang mempunyai kawalan terhadap suatu aktiviti industri yang Bahagian ini terpakai hendaklah, pada bila-bila masa, apabila diminta oleh Ketua Pengarah, menyediakan bukti termasuk pengeluaran dokumen untuk menunjukkan bahawa dia telah -

(a) mengenalpasti kemungkinan bahaya kemalangan besar; dan

(b) mengambil langkah yang mencukupi untuk -

(i) mencegah apa-apa kemalangan besar atua mengurangkan akibatnya kepada orang dan alam sekitar; dan

(ii) memberikan maklumat, latihan dan peralatan yang diperlukan kepada orang yang bekerja di tapak untuk memastikan keselamatan mereka; dan

(c) menyediakan dan mengemaskinikan suatu pelan kecemasan tapak yang mencukupi yang memperincikan cara kemalangan besar boleh ditangani.

Kajian semula demonstrasi operasi selamat

11. Ketua Pengarah boleh menghendaki pengilang mengemukakan dokumen mengenai demonstrasi operasi selamat aktiviti industrinya yang disediakan menurut peraturan 10 dan boleh mengkaji semula dokumen itu; sekiranya Ketua Pengarah berpendapat bahawa dokumen yang dikemukakan itu adalah tidak memuaskan, dia hendaklah mengarahkan secara bertulis bagi pengilang menyediakan maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dia boleh tentukan.




BAHAGIAN IV
LAPORAN MENGENAI AKTIVITI INDUSTRI DAN PENYEDIAAN
PELAN KECEMASAN BAGI PEPASANGAN BAHAYA BESAR

Pemakaian

12. Bahagian ini hendaklah terpakai kepada -

(a) suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan -

(i) bagi bahan berbahaya yang disenaraikan dalam Bahagian 1 Jadual 2, suatu kuantiti bahan berbahaya yang sama dengan atau lebih daripada kuantiti ambang yang dinyatakan di dalamnya; atau

(ii) bagi bahan dan penyediaan yang termasuk dalam kategori atau kategori-kategori yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Jadual 2, kesemua kuantiti bahan dan penyediaan dalam kategori atau kategori-kategori yang sama dengan atau lebih daripada kuantiti ambang yang dinyatakan di dalamnya.

Dan yang tidak ditentukan sebagai bukan pepasangan bahawa besar oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(2)(b); atau

(b) suatu aktiviti industri yang ditentukan sebagai pepasangan bahaya besar oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(2)(a).

Pendaftaran Orang Kompeten

13. (1) Ketua Pengarah hendaklah menetapkan kelayakan bagi, dan mendaftarkan, orang yang akan dilantik bagi maksud menjalankan fungsi Orang Kompeten di bawah Bahagian ini.

(2) Ketua Pengarah hendaklah menyenggarakan Daftar Orang Kompeten dan hendaklah menyebabkan nama orang yang didaftarkan itu dan pembatalan apa-apa pendaftaran itu disiarkan dalam Warta setiap tahun.

Laporan mengenai aktiviti industri

14. (1) Seseorang pengilang tidak boleh menjalankan suatu aktiviti industri yang Bahagian ini terpakai melainkan jika dia telah berunding dengan Orang Kompeten untuk menyediakan laporan bertulis yang mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 6, dan telah menghantar sesalinan laporan itu kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum bermulanya aktiviti atau dalam tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang boleh dipersetujui oleh Ketua Pengarah secara bertulis.

(2) Apabila seseorang pengilang -

(a) telah memulakan suatu aktiviti industri sebelum mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini; atau

(b) telah memulakan pembinaan suatu pepasangan industri bagi maksud suatu aktiviti industri enam bulan sebelum mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini,

ia adalah pematuhan yang mencukupi bagi subperaturan (1) jika pengilang menghantar kepada Ketua Pengarah sesalinan laporan dalam tempoh dua belas bulan selepas mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang boleh dipersetujui secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

(3) Jika suatu aktiviti industri telah ditentukan sebagai suatu pepasangan bahaya besa di bawah perenggan 7(2)(a), pengilang hendaklah menghantar sesalinan laporan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang boleh dipersetujui secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

Pengubahsuaian

15. (1) Jika seseorang pengilang telah membuat laporan menurut subperaturan 14(1), dia tidak boleh membuat apa-apa pengubahsuaian kepada aktiviti industri yang berhubung dengan laporan itu yang ketara boleh menjejaskan butiran dalam laporan itu melainkan jika dia telah berunding dengan Orang Kompeten untuk menyediakan laporan lanjut bertulis untuk mengambil kira pengubahsuaian itu dan telah menghantar sesalinan laporan itu kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum membuat pengubahsuaian itu atau dalam tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang boleh dipersetujui secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

(2) Walau apa pun subperaturan (1) seseorang pengilang adalah berhak mengambil tidakan segera dan pemulihan berkaitan dengan suatu aktiviti industri bagi memberhentikan atau mencegah bahaya yang hampir berlaku yang boleh membahayakan nyawa dan hartabenda, dan hendaklah, dengan secepat mungkin, mengemukakan suatu laporan kepada Ketua Pengarah tentang tanggungjawab ke atas tindakan yang diambil.

Pengemaskinian laporan

16. Jika seseorang pengilang telah membuat laporan menurut subperaturan 14(1) atau 15(1) dan aktiviti industri itu berterusan, pengilang itu hendaklah dalam tempoh tiga tahun dari tarikh akhir laporan berunding dengan Orang Kompeten untuk membuat suatu laporan lanjut yang hendaklah mengambil kira terutamanya pengetahuan teknikal baru yang ketara memberi kesan kepada butiran dalam laporan terdahulu yang berkaitan dengan keselamatan dan pemajuan dalam pengetahuan mengenai penilaian bahaya, dan hendaklah dalam tempoh satu bulan selepas habis tempoh tiga tahun atau dalam tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dipersetujui oleh Ketua Pengarah secara bertulis menghantar sesalinan laporan terbaru kepada Ketua Pengarah.







Kajian semula laporan

17. Ketua Pengarah boleh mengkaji semula laporan yang dikemukakan kepadanya menurut subperaturan 14(1), 15(1) dan peraturan 16 dan hendaklah, jika dia berpendapat bahawa maklumat yang dikemukakan tidak memuaskan, mengarah pengilang secara bertulis untuk mengemukakan maklumat lanjut dalam tempoh sebagaimana yang dia boleh tetapkan.

Pelan kecemasan tapak

18. (1) Pengilang yang mempunyai kawalan terhadap suatu aktiviti industri yang Bahagian ini terpakai hendaklah, selepas berunding dengan Orang Kompeten, menyedia dan menyimpan suatu pelan kecemasan tapak yang dikemaskini dan mencukupi yang memperincikan cara menangani kemalangan besar di tapak yang aktiviti industri dijalankan, dan pelan itu hendaklah memasukkan nama orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan di tapak dan nama-nama orang yang diberikuasa mengambil tindakan menurut pelan itu jika berlaku suatu kecemasan.

(2) Pengilang hendaklah memastikan bahawa pelan kecemasan tapai yang disediakan menurut subperaturan (1) sentiasa dikemaskinikan dengan mengambil kira apa-apa perubahan ketara yang dibuat dalam aktiviti industri dan bahawa tiap-tiap orang di tapak yang terjejas dengan pelan itu diberitahu akan peruntukan relevannya.

(3) Pengilang hendaklah menyediakan dan mengemukakan pelan kecemasan tapak kepada Ketua Pengarah -

(a) sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum bermulanya aktiviti industri;

(b) dalam hal suatu aktiviti industri yang telah bermula sebelum mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, dalam tempoh tiga bulan selepas mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang boleh dipersetujui secara bertulis oleh Ketua Pengarah; atau

(c) dalam hal suatu industri yang telah ditentukan sebagai pepasangan bahaya besar oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(2)(a), dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penentuan itu atau dalam tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang boleh dipersetujui secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

Pengemaskinian pelan kecemasan tapak

19. Jika pengilang telah menyediakan suatu pelan kecemasan tapak menurut subperaturan 18(1) dan aktiviti industri yang berkenaan sedang berjalan, pengilang hendaklah mengemaskinikan pelan kecemasan tapak sebagai sebahagian daripada laporan yang dikehendaki di bawah peraturan 16.




Kajian semula pelan kecemasan tapak
20. Ketua Pengarah boleh mengkaji semula pelan kecemasan tapak yang dikemukakan kepadanya menurut subperaturan 18(1) dan peraturan 19, dan hendaklah, jika dia berpendapat bahawa pelan yang dikemukakan itu tidak memuaskan, mengarah pengilang secara bertulis untuk memperbaiki pelan kecemasan itu dalam tempoh sebagaimana yang dia boleh tetapkan.
Pelan Kecemasan luar tapak

21. (1) Pengilang yang mempunyai kawalan terhadap suatu aktiviti industri yang Bahagian ini terpakai hendaklah memberitahu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan mengenai kawasan yang aktiviti industrinya dianggap boleh mengakibatkan suatu bahaya kemalangan besa dan keperluan bagi penyediaan suatu pelan kecemasan luar tapak bagi kawasan sekitar tapaknya yang mungkin akan terjejas oleh suatu kemalangan besar.
(2) Menurut subperaturan (1) pengilang hendaklah -
(a) dalam hal suatu aktiviti industri yang telah bermula sebelum mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, mememberitahu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan dalam tempoh tiga bulan akan mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, atau dalam hal suatu aktiviti industri yang telah ditentukan sebagai suatu pepasangan bahaya besar oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(2)(a), dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penentuan itu;
(b) memperuntukan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan dengan maklumat yang berhubung dengan aktiviti industri yang di bawah kawalannya sebagaimana yang pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan boleh menghendaki secara munasabah termasuk jenis, takat dan kesan kemungkinan luar tapak apa-apa kemungkinan kemalangan besar, dan
(c) memberi kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan apabila diminta kesemua kemudahan yang munasabah bagi penyediaan dan pelaksanaan suatu pelan kecemasan luar tapak

(3) Pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan boleh apabila menerima maklumat menyedia dan menyimpan suatu pelan kecemasan luar tapak yang kemaskini dan mencukupi.
Maklumat kepada umum
22. (1) Adalah menjadi tugas seseorang pengilang yang mempunyai kawalan suatu aktiviti industri yang Bahagian ini terpakai untuk memastikan bahawa orang di luar tapak yang mungkin berada dalam suatu kawasan yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah mungkin terjejas oleh suatu kemalangan besar yang berlaku di tapak, adalah dibekalkan dengan cara yang sesuai dengan sekurang-kurangnya maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 3 tanpa mereka perlu memintanya.
(2) Tanpa menjejaskan tugasnya di bawah subperaturan (1), pengilang hendaklah berusaha membuat suatu perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan yang kawasan aktiviti industri itu terletak untuk pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan menyebarkan maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 3 kepada orang yang berkenaan tetapi pengilang tetap bertanggungjawab bagi ketapatan, kesempurnaan dan bentuk maklumat yang dibekalkan.
(3) Pengilang hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dibekalkan mengikut subperaturan (1) telah dikemaskinikan dan dibekalkan semula pada jarak waktu yang sesuai.

(4) Pengilang hendaklah mengambil semua langkah perlu untuk mematuhi subperaturan (1) dan (2) sebelum memulakan aktiviti industri kecuali bahawa -
(a) dalam hal suatu aktiviti industri yang telah bermula sebelum mula berkuatkuasa Peraturan-Peraturan ini, ia adalah pematuhan yang mencukupi jika pengilang mengambil langkah perlu dalam tempoh enam bulan selepas mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan itu; atau

(b) dalam hal suatu aktiviti industri yang telah ditentukan sebagai suatu pepasangan bahaya besar oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(2)(2), ia adalah pematuhan yang mencukupi jika pengilang mengambil langkah perlu dalam tempoh enam bulan dari tarikh penentuan ini dibuat.
BAHAGIAN V PEMBERITAHUAN KEMALANGAN BESAR Pemberitahuan kemalangan besar

23. Jika suatu kemalangan besar berlaku di tapak seseorang pengilang hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan itu dengan cara yang paling cepat yang ada dan pengilang yang membuat pemberitahuan itu hendaklah menyatakan -
(a) maklumat yang berikut yang berhubung dengan kemalangan itu sebagai sahaja ia didapati;
(i) keadaan kemalangan;

(ii) bahan berbahaya yang terlibat;

(iii) tarikh yang diberi untuk menilai kesan kemalangan atas orang dan alam sekitar; dan

(iv) langkah keselamatan yang diambil; dan
(b) pernyataan mengenai langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kesan jangka masa sederhana atau jangka masa panjang kemalangan, jika ada, dan mencegah perulangan suatu kemalangan sedemikian.
BAHAGIAN VI PENALTI Penalti
(24) (1) Seseorang pengilang yang melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini yang tiada penalti yang sama diperuntukkan oleh Akta, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang pekerja yang melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini yang tiada penalti yang sama diperuntukkan oleh Akta, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

JADUAL 1 (Peraturan 2) KRITERIA INDIKATIF
1. Bahan yang Sangat Toksik (a) Bahan yang sama dengan baris 1 jadual di bawah; dan

(b) Bahan yang sama dengan baris 2 jadual di bawah dan yang disebabkan oleh sifat fizikal dan kimianya, berupaya mengeluarkan bahaya kemalangan besar yang sama dengan yang disebabkan oleh bahan yang disebut dalam baris 1;
LD50 (lisan)
mg/kg berat badan LD50
(kulit)
mg/kg berat badan LC50
mg/1
(penarikan nafas)
1 LD50  5 LD50  10 LC50  0.1
2 5  LD50  25 10  LD50  50 0.1  LC50  0.5

2. Bahan Toksik lain Bahan dengan nilai keracunan yang amat sangat yang ditunjukkan dalam jadual di bawah dan mempunyai sifat fizikal dan kimia yang berupaya mengeluarkan bahaya kemalangan besar;
LD50
(lisan)
mg/kg berat badan LD50
(kulit)
mg/kg berat badan LC50
mg/1
(penarikan nafas)
25  LD50  200 50  LD50  400 0.5  LC50  2



3. Bahan Mudah terbakar
(a) Gas mudah terbakar
- bahan yang dalam keadaan bergas pada tekanan biasa dan bercampur dengan udara menjadi mudah terbakar dan takat didih yang pada tekanan biasa adalah 20 darjah celsius atau ke bawah;
(b) Cecair yang sangat mudah terbakar
- bahan-bahan yang mempunyai takat kilat kurang daripada 21 darjah celsius dan takat didih pada tekanan biasa adalah melebihi 20 darjah celsius; dan
(c) Cecair mudah terbakar - bahan yang mempunyai takat kilat kurang daripada 55 darjah celsius dan yang tetap cecair di bawah tekanan dan yang di bawah keadaan pemprosesan tertentu seperti tekanan yang tinggi dan suhu yang tinggi, boleh menyebabkan bahaya kemalangan besar.
4. Bahan Letupan
- bahan yang boleh meletup di bawah kesan nyalaan atau yang lebih sensitif terhadap kejutan atau geseran daripada dinitrobenzena.
5. Bahan pengoksidaan
- bahan yang membangkitkan tindakbalas eksotermik apabila bersentuhan dengan bahan lain terutamanya bahan mudah terbakar.
Bagi maksud Jadual ini - LD50 (lisan) ertinya suatu dos bahan dalam mg/kg berat badan yang mengakibatkan kematian terhadap 50% daripada jumlah binatang yang diberikan untuk ujikaji; LD50 (kulit) ertinya suatu dos bahan dalam mg/kg berat badan yang mengakibatkan kematian terhadap 50% daripada jumlah binatang yang diberikan untuk ujikaji; dan LC50 ertinya sutu kepekatan bahan dalam udara yang dianggarkan mengakibatkan kematian selepas penarikan nafas selama empat jam terhadap 50% daripada jumlah binatang yang diberikan untuk ujikaji.
JADUAL 2 (Peraturan 2) SENARAI BAHAN DAN KUANTITI
Kuantiti yang dinyatakan di bawah menghubungkan setiap pepasangan atau kumpulan pepasangan kepunyaan pengilang yang sama yang jarak di antara pepasangan adalah tidak mencukupi untuk dielak, dalam keadaan yang dapat diramalkan, apa-apa bahaya besar daripada menjadi semakin bertambah buruk. Kuantiti itu terpakai dalam apa-apa hal kepada setiap kumpulan pepasangan kepunyaan pengilang yang sama yang jarak di antara pepasangan adalah kurang dari 500 meter. Bahagian 1: Bahan Yang Dinamakan Jika suatu bahan atau kumpulan bahan yang disenaraikan dalam Bahagian 1 juga termasuk dalam kategori Bahagian 2 kuantiti yang dinyatakan dalam Bahagian 1 hendaklah digunakan.
Bahan Kuantiti Ambang

Kumpulan I - Bahan Toksik (kuantiti  1 tan)
Aldicarb 100 kilogram
4-Aminodifenil 1 kilogram
Amiton 1 kilogram
Anabasina 100 kilogram
Pentoksida arsenik, asid dan garam arsenik (V) 500 kilogram
Trioksida arsenik, asid dan gram arsenius (III) 100 kilogram
Arsina (Hidrida arsenik) 10 kilogram
Azintos-etil 100 kilogram
Azinfos-metil 100 kilogram
Benzidina 1 kilogram
Garam benzidina 1 kilogram
Berilium (serbuk, sebatian) 10 kilogram
Bis (2-kloroetif) sulfida 1 kilogram
Bis (klorometil) eter 1 kilogram
Karbofuran 100 kilogram
Karbofenotion 100 kilogram
Klofenvinfos 100 kilogram
4-(Kloroformil) morfolina 1 kilogram
Klorometil metil eter 1 kilogram
Kobalt (logam, oksida, karbonat dan sulfida sebagai serbuk) 1 tan
Krimidina 100 kilogram
Siantoat 100 kilogram
Sikloheksimida 100 kilogram
Demeton 100 kilogram
Dialifos 100 kilogram
00-Dietil S-etilsulfinilmetil fosforotioat 100 kilogram
00-Dietil S-etilsulfonilmetil fosforotioat 100 kilogram
00-Dietil S-etiltiometil fosforotiot 100 kilogram
00-Dietil S-isopropiltiometil fosforotioat 100 kilogram

Bahan Kuantiti Ambang

00-Dietil S-propiltiometil fosforoditioat 100 kilogram
Dimefoks 100 kilogram
Klorida dimetilkabamil 100 kilogram
Dimetilnitrosamina 1 kilogram
Asid dimetil fosforamidosianidik 1 tan
Difasinon 100 kilogram
Disulfoton 100 kilogram
EPN 100 kilogram
Etion 100 kilogram
Fensulfotion 100 kilogram
Fluenetil 100 kilogram
Asid fluoroasetik 1 kilogram
Asid fluoroasetik, garam 1 kilogram
Asid fluoroasetik, ester 1 kilogram
Asid fluoroasetik, amida 1 kilogram
Asid 4-Fluorobutirik 1 kilogram
Asid 4-Fluorobutirik, garam 1 kilogram
Asid 4-Fluorobutirik, ester 1 kilogram
Asid 4 Fluorobutrik, amida 1 kilogram
Asid 4-Fluorokrotonik 1 kilogram
Asid 4-Fluorokrotonik, garam 1 kilogram
Asid 4-Fluorokrotonik, ester 1 kilogram
Asid 4-Fluorokrotonik, amida 1 kilogram
Asid 4-Fluoro-2-hidroksibutrik 1 kilogram
Asid 4-Fluoro-2-hidroksibutirik, garam 1 kilogram
Asid 4-Fluoroo-2-hidroksibutirik, ester 1 kilogram
Asid 4-Fluoro-2-hidroksibutirik, amida 1 kilogram
Glikolonitril (Hidroksiasetonitril) 100 kilogram
1, 2, 3, 7, 8, 9-Heksaklorodibenzo-p-dioksina 100 kilogram
Heksametilfosforamida 1 kilogram
Selenida hidrogen 10 kilogram
Isobenzan 100 kilogram
Isodrin 100 kilogram
Juglon (5-Hidroksinaftalena-1, 4-dion) 100 kilogram
4, 4’-Metilenebis (2-kloroanilin) 10 kilogram

Bahan Kuantiti Ambang

Metil isosianat 150 kilogram
Mevinfos 100 kilogram
2-Naftilamina 1 kilogram
Logam, oksida, karbonat dan sulfida nikel sebagai serbuk 1 tan
Tetrakarbonil nikel 10 kilogram
Oksidisulfoton 100 kilogram
Difluorida oksigen 10 kilogram
Paraokson (dietil 4-nitro-fenil fosfat) 100 kilogram
Paration 100 kilogram
Paration-metil 100 kilogram
Pentaborana 100 kilogram
Forat 100 kilogam
Fosasetim 100 kilogram
Fosgen (klorida karbonil) 750 kilogram
Fosfamidon 100 kilogram
Fosfena (Hidrogen fosfida) 100 kilogram
Promurit (1-(3,4-Diklorofenil)-3-triazenetio-karbosamida) 100 kilogram
1, 3-Propanasulton 1 kilogram
1-Propen-2-kloro-2, 3-diol 10 kilogram
Pirazokson 100 kilogram
Selenium heksafluorida 10 kilogram
Natrium selenik 100 kilogram
Stibin (Antimoni hidrida) 100 kilogram
Sulfotep 100 kilogram
Sulfur diklorida 1 tan
Telurium heksafluorida 100 kilogram
TEPP 100 kilogram
2, 3, 7, 8-Tetraklorodibenzo-p-dioksin (TCDD) 1 kilogram
Tetrametilena-disulfotetramina 1 kilogram
Tionazin 100 kilogram
Tirpat (2, 4-Dimetil-1, 3-ditiolana-2-kaboksadihida 0-metilkarbamoiloksima) 100 kilogram
Triklorometanasulfenil klorida 100 kilogram
1-Tri (sillobeksi) stanil-1, 2, 4-triazola 100 kilogram
Triefilenemelamina 10 kilogram


Bahan Kuantiti Ambang

Warfarin 100 kilogram

Kumpulan 2 - Bahan Berbisa (kuantiti  1 tan)

Aketon sianohidrin (2-Sianopropan-2-o1) 200 tan
Akrolein (2-Propanal) 200 tan
Akrilonitril 20 tan
Alil alkohol (2-Propen-1-o1) 200 tan
Aliamin 200 tan
Ammonia 100 tan
Bromin 10 tan
Karbon disulfida 200 tan
Klorin 10 tan
Difenil metana di-isosinat (MDI) 200 tan
Etilena dibronida (1, 2-Dibromoetana) 50 tan
Etileneimina 50 tan
Formaldeid (kepekatan  90% 20 tan
Hidrogen kloride (gas cecair) 250 tan
Hidrogen sianida 20 tan
Hidrogen fluorida 50 tan
Hidrogen sulfida 50 tan
Metil bromida (Bromometana) 200 tan
Nitrogen oksida 50 tan
Propileneimina 50 tan
Sulfur dioksida 20 tan
Sulfur Trioksida 20 tan
Plumbum tetraetil 50 tan
Plumbum tetrametil 50 tan
Toluena di-isosianat (TDI) 100 tan

Kumpulan 3 - Bahan Tindakbalas Yang Tinggi

Asetilena (Etuna) 50 tan
Ammonium nitrat (a) 500 tan


Bahan Kuantiti Ambang

Ammonium nitrat (bentuk baja) (b) 1,000 tan
2, 2-Bis (tert-butiloeroksi) butana (kepekatan  70%) 50 tan
1, 1-Bis (tert-butilperoksi) sikloheksana (kepekatan  80%) 50 tan
Tert-Butil peroksiasitat (kepekatan  70%) 50 tan
Tert-Butil peroksisobutirat (kepekatan  80%) 50 tan
Tert-Butil peroksi isopropil karbonat (kepekatan  80%) 50 tan
Tert-Butil peroksimaleat (kepekatan  80%) 50 tan
Tert-Butil peroksipivalat (kepekatan  77%) 50 tan
Dibenzil peroksidikarbonat (kepekatan  90%) 50 tan
Di-sek-butil peroksidikarbonat (kepekatan  80%) 50 tan
Dietil peroksidikarbonat (kepekatan  30%) 50 tan
2, 2-Dihidroperoksipropana (kepekatan  30%) 50 tan
Di-isobutiril peroksida (kepekatan  50%)
Di-n-propil peroksdikarbonat (kepekatan  80%) 50 tan
Btilena oksida 5 tan
Etil nitrat 50 tan
3, 3, 5, 5, 9, 9-Heksametil-1, 2, 4, 5-tetroksasi-klononana (kepekatan  75%) 50 tan
Hidrogen 10 tan
Metil etil keton peroksida (kepekatan  60%) 5 tan
Metil isobutil keton peroksida (kepekatan  60%) 50 tan
Oksigen 500 tan
Asid perasetic (kepekatan  60%) 50 tan
Oksida propilena 50 tan
Sodium klorat 20 tan

Kumpulan 4 - Bahan Letupan

Barium azid 50 tan
Bis (2, 4, 5-trinitrofenil)-amina 50 tan
Klorotrinitrobenzena 50 tan
Selulosa nitrat (mengandungi  12.6% nitrogen) 50 tan
Siklotetrametilena-tetranitramina 50 tan
Siklotrimetilena-trinitramina 50 tan


Bahan Kuantiti Ambang

Diazodinitrofenol 10 tan
Dietilena glicol dinitrat 10 tan
Dinitrofenol, garam 50 tan
Btilena glicol dinitrat 10 tan
1-Guanil-4-nitrosaminoguamil-1-tetrazina 10 tan
2, 2’,4,4’,6,6’ - Heksanitrostilbena 50 tan
Hidrazina nitrat 50 tan
Plumbum azida 50 tan
Plumbum stifnat (plumbum 2, 4, 6-trinitrotesorsinoksida) 50 tan
Merkuri fluminat 10 tan
N-Metil-n, 2, 4, 6-tetranitroanilin 50 tan
Pentaeritritol tetranitrat 50 tan
Nitrogliserina 10 tan
Pentaeritritol tetranitrat 50 tan
Asid pikrik (2, 4, 6-Trinitrofenol) 50 tan
Natrium pikramat 50 tan
Asid Stinik (2, 4, 6-trinitroresorsinol) 50 tan
1, 3, 5-Triamino-2, 4, 6-trinitrobenzen 50 tan
Trinitroanilina 50 tan
2, 4, 6-Trinitroanisol 50 tan
Trinitrobenzena 50 tan
Asid trinitrobenzena 50 tan
Trinitrokresol 50 tan
2, 4, 6-Trinitrofenetol 50 tan
2, 4, 6-Trinitrotoluena 50 tan

NOTA:
(a) Ini terpakai kepada amonium nitrat dan campuran ammonium nitrat yang kandungan nitrogen yang didapati daripada ammonium nitrat adalah lebih daripada 28% mengikut berat dan larutan berair ammonium nitrat yang kepekatan ammonium nitrat adalah lebih daripada 90% mengikut berat.
(c) Ini terpakai kepada baja ammonium nitrat yang tidak bercampur dan baja sebatian yang kandungan nitrogen yang boleh didapati daripada amonium nitrat adalah lebih daripada 28% mengikut berat (suatu baja sebatian mengandungi amonium nitrat bersama dengan fosfat dan/atau potash).

Bahagian 2: Kategori Bahan dan Penyediaan yang tidak dinamakan secara khusus dalam Bahagian 1.
Kuantiti bahan dan penyediaan yang berbeza daripada kategori yang sama adalah kumulatif. Jika terdapat lebih daripada satu kategori yang dinyatakan dalam kemasukan yang sama, kuantiti semua bahan dan penyediaan daripada kategori yang dinyatakan dalam kemasukan itu hendaklah dijumlahkan.
Kategori Bahan Kuantiti Ambang

1. Bahan dan penyediaan yang dikelaskan sebagai “sangat toksik” sebagaimana dalam butiran 1 Jadual 1
5 tan
2. Bahan dan penyediaan yang dikelaskan sebagai “toksik” sebagaimana dalam butiran 2 Jadual 1
10 tan
3. Bahan dan penyediaan yang dikelaskan sebagai “bahan letupan” sebagaimana dalam butiran 4 Jadual 1
10 tan
4. Bahan dan penyediaan yang dikelaskan sebagai “pengoksidaan” sebagaimana dalam butiran 5 Jadual 1
10 tan
5. Bahan dan penyediaan bergas termasuk yang dalam bentuk cecair, yang bergas pada tekanan biasa dan yang dikelaskan sebagai “sangat mudah terbakar” sebagaimana dalam perenggan (a) butiran 3 Jadual 1
50 tan
6. Bahan dan penyediaan (tidak termasuk bahan dan penyediaan bergas yang dirangkumi dalam butiran 5 di atas) yang dikelaskan sebagai “sangat mudah terbakar” atau “yang amat mudah terbakar” sebagaimana dalam perengan (b) butiran 3 Jadual 1
5,000 tan
7. Bahan mudah terbakar sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan (c) butiran 3 Jadual 1 200 tan

JADUAL 3
(Subperaturan 22(1))

BUTIRAN MAKLUMAT UNTUK DIKOMUNIKASIKAN KEPADA UMUM

(a) Nama pengilang dan alamat tapak aktiviti industri.

(b) Pengenalan melalui jawatan yang yang dipegang oleh orang yang memberi maklumat.

(c) Pengesahan bahawa tapak adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini dan bahawa laporan yang disebut dalam subperaturan 15(1) telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah.

(d) Suatu penjelasan dalam bahasa mudah tentang aktiviti yang dijalankan di tapak.

(e) Pengelasan nama biasa atau nama generik atau bahaya am bahan dan penyediaan yang terlibat di tapak yang boleh mengakibatkan kemalangan besar dengan suatu tanda ciri-ciri berbahaya utamanya.

(f) Maklumat am yang berhubungan dengan jenis bahaya kemalangan besar termasuk kemungkinan kesannya ke atas penduduk alam sekitar.

(g) Maklumat yang mencukupi tentang bagaimana amaran akan diberikan kepada penduduk yang berkenaan dan memastikan mereka mengetahui tentang suatu kejadian kemalangan.

(h) Maklumat yang mencukupi mengenai tindakan yang boleh diambil oleh penduduk berkenaan dan tingkahlaku yang boleh diambil sekiranya berlaku suatu kemalangan.

(i) Pengesahan bahawa pengilang dikehendaki membuat perkiraan yang mencukupi di tapak, termasuk hubungan dengan perkhidmatan kecemasan, untuk menghadapi kemalangan dan untuk mengurangkan kesannya.

(j) Suatu rujukan kepada pelan kecemasan luar tapak yang dibuat untuk menghadapi dan mengatasi apa-apa kesan luar tapak daripada suatu kemalangan besar. Ini hendaklah termasuk nasihat untuk bekerjasama dengan apa-apa arahan atau permintaan daripada perkhidmatan kecemasan pada masa kemalangan besar.

(k) Butiran mengenai maklumat relevan lanjut yang boleh didapati tertakluk kepada kehendak kerahsiaan yang ditetapkan dalam mana-mana perundangan negara.



JADUAL 4
(Peraturan 2)

PEPASANGAN INDUSTRI

1. Pepasangan bagi pengeluaran, pemprosesan atau perawatan kimia organik atau tak organik yang digunakan bagi maksud ini, antara lain, seperti berikut:

 pengalkilan
 pengaminaan melalui ammonoliis
 pengkarbonilan
 kondensasi
 pendehidrogenan
 pengesteran
 penghalogenan dan pembuatan halogen
 penghidrogenan
 hidrolisis
 pengoksidaan
 pempolimeran
 pensulfonatan
 penyahsulfuran, pembuatan dan pengubahbentukan sebatian yang mengandungi sulfur
 penitratan dan pembuatan sebatian yang mengandungi fosforus
 perumusan keluaran perosak dan farmaseutis
 penyulingan
 pengekstrakan
 pemelarutan
 pencampuran

2. Pepasangan bagi penyulingan penapisan atau proses lain dalam memproses petroleum atau keluaran petroleum.

3. Pepasangan bagi pelupusan keseluruhan atau sebahagian bahan pepejal atau cecair melalui pembakaran atau penguraian kimia.

4. Pepasangan bagi pengeluaran, pemprosesan atau perawatan gas bertenaga, contohnya gas petroleum cecair, gas cecair asli dan gas sintetik asli.

5. Pepasangan bagi penyulingan kering arang batu atau lignit.

6. Pepasangan bagi pengeluaran logam atau bukan logam melalui proses basah atau dengan menggunakan tenaga elektrik.

7. Pepasangan bagi pembotolan bahan mudah terbakar dan toksik yang ditakrifkan di bawah butiran 1, 2, dan 3 Jaual 1, contohnya gas petroleum cecair, amonia, klorin dan asetilena.


JADUAL 5

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN (KAWALAN TERHADAP BAHAWA KEMALANGAN BESAR
DALAM PERINDUSTRIAN) 1995

(Perenggan 7(1) (b))

BORANG PEMBERITAHU AKTIVITI INDUSTRI

Saya, yang bertandatangan di bawah, dengan ini memberi notis mengenai aktiviti industri yang berkenaan yang butirannya adalah sebagaimana yang diberikan di bawah:







A. Butiran Pepasangan

1. Nama Pengilang
2. Alamat Pepasangan
3. Tarikh mula berkuatkuasa operasi
4. Nama dan alamat pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa pelabuhan yang mempunyai bidang kuasa berkanun terhadap kawasan yang terletaknya pepasangan.

5. Perihalan aktiviti industri yang dijalankan atau yang dicadangkan untuk dijalankan.
(Gunakan Borang A)

B. Kuantiti Bahan Berbahaya di Pepasangan

Bahan Kuantiti Maksima Yang mungkin di tapak Jenis Bahan (bahan mentah, keluaran siap, keluaran pertengahan atau keluaran sampingan) Kriteria Berbahaya sebagaimana yang disebutkan dalam Jadual 1 atau 2








NOTA:

(a) setiap bahan yang disenaraikan dalam jadual di atas hendaklah dikepilkan bersama dengan suatu Kertas Data Keselamatan Bahan

(b) Guna kertas tambahan jika perlu.

C. Butiran Pengilang yang membuat Pemberitahuan

(1) Nama:
(2) No. K.P.:
(3) Nama Jawatan:
(4) Alamat:
(5) Tarikh:

Saya memperakui bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan betul di sepanjang pengetahuan saya/saya telah berhenti operasi*


…………………………………..
(Tandatangan)

 Potong mana yang tak berkenaan.


KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

BORANG A

Pepasangan Industri Sila tanda (/)
proses yang berkenaan dengan pepasangan anda
1. Pepasangan bagi pengeluaran, pemprosesan atau perawatan kimia organik atau bukan organik yang digunakan bagi maksud ini, antaranya: -
Pengalkilan
Pengaminaan melalui amonolisis
Pengkarbonilan
Kondensasi
Pendhidrogenan
Pengesteran
Penghalogenan dan pembuatan halogen
penghidrogenan
hidrolisis
pengoksidaan
pempolimeran
pensulfonatan



Pepasangan Industri Sila tanda (/)
proses yang berkenaan dengan pepasangan anda
penyahsulfuran, pembuatan dan pengubahbentukan sebatian yang mengandungi sulfur
penitratan dan pembuatan sebatian yang mengandungi nitrogen
Pembuatan sebatian yang mengandungi fosforus
Perumusan keluaran racun perosak dan farmaseutis
penyulingan
pengekstrakan
pemelarutan
pencampuran
2. Pepasangan bagi penyulingan, penapisan dan proses lain dalam memproses atau keluaran petroleum
3. Pepaangan bagi pelupusan keseluruhan atau sebahagian bahan pepejal atau cecair atau pembakaran atau penguraian kimia.
4. Pepasangan bagi pengeluaran, pemprosesaan atau perawatan gas bertenaga, contohnya gas petroleum cecair, gas cecair asli dan gas sintetik asli.
5. Pepasangan bagi penyulingan kering arang batu atau lignit.
6. Pepasangan bagi pengeluaran logam atau bukan logam melalui proses basah atau dengan menggunakan tenaga elektrik.
7. Pepasangan bagi pembotolan bahan mudah terbakar dan toksik yang ditakrifkan di bawah butiran 1, 2 dan 3 Jadual 1 contohnya gas petroleum cecair, klorin dan asetilena.


JADUAL 6
(Subperaturan 14(1) dan 15(1))

MAKLUMAT YANG PERLU DIMASUKKAN DALAM LAPORAN
AKTIVITI INDUSTRI

Laporan mengenai aktiviti industri di bawah subperaturan 4(1) dan 15(1) hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a) maklumat yang berhubung dengan tiap-tiap bahan berbahaya yang terlibat dalam aktiviti industri dan kuantiti relevannya sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual 2, iaitu -

(i) nama bahan berbahaya sebagaimana yang diberikan dalam Jadual 2 atau, bagi bahan berbahaya yang termasuk di bawah suatu peruntukan am, nama yang sama dengan formula kimia bahan berbahaya;

(ii) suatu perihalan am kaedah analitis yang didapati oleh pengilang dalam menentukan kewujudan bahan berbahaya atau rujukan kepada kaedah sedemikian dalam kesusasteraan saintifik;

(iii) suatu perihalan ringkas tentang bahaya yang boleh diwujudkan oleh bahan berbahaya; dan

(iv) darjah ketulenan bahan berbahaya dan nama ketulenan utama dan peratusannya mereka:

(b) maklumat yang berhubung dengan pepasangan, iaitu -

(i) suatu peta tapak dan kawasan persekitarannya dengan menggunakan skala yang cukup besar untuk menunjukkan apa-apa ciri yang mungkin penting dalam menilaikan bahaya atau risiko yang berkaitan dengan tapak itu;

(ii) suatu pelan skala tapak yang menunjukkanlokasi dan kuantiti semua inventori penting bahan berbahaya;

(iii) suatu perihalan mengenai pemprosesan atau penyimpanan yang melibatkan bahan berbahaya dan suatu tanda akan keadaan yang ia dikekalkan secara normal;

(iv) bilangan maksima orang yang mungkin ada di tapak;

(v) maklumat mengenai jenis tanah yang digunakan dan saiz dan pembahagian penduduk dalam kawasan aktiviti industri yang laporan itu dikaitkan; dan

(vi) maklumat mengenai perkhidmatan kecemaan yang terdekat (balai bomba, hospital, balai polis, dewan orang ramai, dsb.):

(c) maklumat yang berhubung dengan sistem pengurusan bagi mengawal aktiviti industri, iaitu -

(i) perkiraan pengambilan kakitangan bagi mengawal aktiviti industri dengan nama orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan di tapak dan nama orang yang diberi kuasa untuk menetapkan prosedur kecemasan dan untuk memberitahu pihak berkuasa luar;

(ii) perkiraan yang dibuat untuk memastikan bahawa cara yang disediakan bagi operasi selamat aktiviti industri telah direkabentuk, dibina, diuji, dijalankan, diperiksa dan disenggarakan dengan sepatutnya; dan

(iii) perkiraan bagi latihan orang yang bekerja di tapak; dan

(d) maklumat yang berhubungan dengan suatu kemalangan besar yang mungkin berlaku dalam bentuk penilaian risiko yang mengandungi yang berikut:

(i) suatu perihalan mengenai kemungkinan punca kemalangan besar dan keadaan atau peristiwa penting yang mengakibatkan kemalangan itu;

(ii) suatu gambar rajah loji yang aktiviti industri dijalankan yang mencukupi untuk menunjukkan ciri yang penting mengenai kemungkinan kemalangan besar atau pencegahan atau kawalannya;

(iii) suatu perihalan mengenai langkah yang diambil untuk mencegah, mengawal atau mengurangkan akibat kemalangan besar;

(iv) maklumat mengenai keadaan kaji cuaca yang lazim di kawasan tapak;

(v) suatu anggaran bilangan orang di tapak dan di luar tapak yang mungkin terdedah kepada bahaya yang dikenalpasti dalam laporan; dan

(vi) akibat kepada kawasan persekitaran dalam bentuk langkah risiko yang sesuai jika perlu.

2 comments:

  1. I ‘d mention that most of us visitors are endowed to exist in a fabulous place with very many wonderful individuals with very helpful things.
    iosh course in chennai

    ReplyDelete