Sunday, August 23, 2009

Isu Keselamatan & Kesihatan

Tahap Perkembangan Isu Keselamatan Di Malaysia
Apabila kita menyentuh tentang isu keselamatan dan kesihatan di Malaysia, sebenarnya isu ini telah bermula semenjak 120 tahun dahulu. Bermula pada era keselamatan dandang (Sebelum 1914) sehingga kini ke era keselamatan dan kesihatan pekerjaan (selepas 1994).Oleh yang demikian ,tahap perkembangan isu keselamatan di Malaysia kita boleh bahagikan kepada lima peringkat iaitu:

i. Tahap Pertama :Era Keselamatan Dandang (Sebelum 1914)
ii. Tahap Kedua :Era Keselamatan Jentera (1914-1962)
iii. Tahap Ketiga :Era Keselamatan Industri (1962-1970)
iv. Tahap Keempat :Era Keselamatan dan Kesihatan Industri (1970-1994)
v. Tahap Kelima :Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Selepas 1994)


Istilah-Istilah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sebelum kita memulakan perbincangan kita di dalam topik keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai istilah-istilah yang perlu kita fahami. Istilah-istilah ini termasuklah seperti:

Keselamatan dan Kesihatan
Keselamatan membawa maksud di mana bebas daripada bahaya yang wujud di persekitaran tempat kerja dan menurut kamus Webster ia memberi makna kualiti atau keadaan yang tidak membawa sebarang risiko. Manakala kesihatan pula bermaksud keadaan tubuh badan atau minda kita berada di dalam berkeadaan baik ataupun tidak baik. Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan untuk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

Hazard
Occupational Safety and Health Assessment Series 18002’ (OHSAS 18002) dan (ISO/IEC Guide 51:1999) mentakrifkan Hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi yang mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan pada harta benda, berlakunya kerosakan pada persekitaran di tempat kerja atau kedua-duanya sekali.

Bahaya
Bahaya lebih menekankan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Panduan ISO/ IEC 51:1990 (E) memberikan perkataan “bahaya” ini adalah untuk menerangkan bahawa keadaan yang berisiko tinggi.

Risiko
Risiko adalah gabungan kemungkinan dan akibat sesuatu peristiwa berbahaya berlaku. Risiko juga boleh dikatakan sebagai gabungan faktor-faktor kemungkinan berlakunya peristiwa yang malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. (OHSAS 18002). Kemungkinan membawa takrifan di mana kebarangkalian kemalangan itu akan berlaku. Kebarangkalian kemalangan boleh diketahui melalui statistik dan perangkaan kemalangan.

Kemalangan
Kemalangan membawa takrifan di mana sesuatu perkara yang tidak dirancang, yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan perseorangan ataupun kerosakan pada harta benda. (King dan Hudson)

No comments:

Post a Comment