Gelagat Organisasi
Gelagat adalah satu bentuk tindakan yang merangkumi tabiat,kelakuan,tingkahlaku,sikap ataupun perangai seseorang individu.Ia menjelaskan bagaimana seseorang itu bertindak.Organisasi pula,kita boleh takrifkan sebagai satu kumpulan ataupun badan yang dianggotai oleh individu yang berganding bahu dalam menjayakan misi,visi dan matlamat agar tercapai.Gelagat organisasi boleh didefinisikan sebagai suatu bidang atau lapangan yang mempelajari tentang pemikiran seseorang,perasaan dan perbuatan serta bagaimana sikap seseorang itu di dalam sesebuah institusi atau organisasi. Terdapat tiga tahap analisis dalam gelagat organisasi iaitu,tahap individu,tahap kumpulan dan tahap organisasi
Pada pendapat saya,gelagat atau tingkahlaku seseorang itu tidak dapat diramalkan.Ini kerana,tingkahlaku dan perangai individu di dalam sesuatu organisasi tidak sama dan tidak dapat dikesan dan diketahui tanpa penyelidikan yang terperinci.Hal ini kerana,setiap orang mempunyai sikap,perangai dan cara yang tersendiri untuk menonjol dan mempamerkan diri mereka.Selain itu,gelagat tidak dapat dijangka kerana kelakuan seseorang itu disebabkan pengaruh luaran “external forces”.Contohnya keadaan persekitaran tempat kerja seseorang itu yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberi.Hal ini kita dapat lihat di mana apabila seseorang itu bekerja dalam situasi yang mendesak beliau bagi menjayakan matlamat yang dikehendaki oleh organisasinya.Misalnya,seorang pengurus syarikat mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memberi keuntungan atau kejayaan kepada syarikatnya yang menjadi matlamat dalam setiap organisasi.Namun,seandainya beliau tidak diberi insentif yang berpatutan dan setimpal dengan kerjanya,sudah pasti pengurus itu membuat kerjanya dengan sambil lewa dan tidak menitikberatkan kepentingan dan kualiti serta produktiviti syarikat atau organisasinya kerana mutu kerjanya tidak dihargai oleh pihak atasan.Oleh itu,tahap produktiviti syarikat turut menurun dan terjejas.
Dalam sesuatu organisasi yang besar dan kompleks,peranan seseorang pengurus ataupun pemimpin itu adalah suatu tanggungjawab yang berat.Pengurus boleh didefinisikan sebagai seorang yang menyelia seseorang atau lebih dari seseorang individu atau subordinat.Seseorang pengurus yang berkaliber dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang berintegriti haruslah memiliki pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam kerjayanya di samping mengetahui sedikit-sebanyak tentang pengetahuan dalam gelagat organisasi ini.Hal ini kerana,pengetahuan seseorang pengurus itu dalam gelagat organisasi ini penting di mana ia dapat membantu pengurus itu dalam meningkatkan kualiti pembuatan keputusan,meningkatkan peluang kejayaan dan mengurangkan risiko yang mungkin timbul dalam perancangan dan pembuatan keputusan.Gelagat organisasi ini membekalkan banyak garis panduan tentang cara mengordinasikan pekerja ( sumber manusia sesebuah organisasi ) bagi membolehkan pekerja melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh,serta menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan produktif.
Selain itu,pengetahuan dalam gelagat organisasi ini penting bagi seseorang pengurus kerana ia membekalkan ilmu dalam menguruskan serta memberi respons kepada kemajuan yang seiring dengan peredaran teknologi dan mampu bersaing dalam tahap global.Seandainya organisasi melibatkan peniagaan ataupun perkhidmatan secara global,maka pihak pengurusan perlu mengamalkan sistem pengurusan yang bersesuian dengan kehendak dan keperluan global.Hal ini kerana aktiviti pengurusan semakin kompleks kerana masing-masing mempunyai gelagat,kelakuan,etika,dan sikap yang berbeza.Seorang pengurus yang kita dapat lihat mempunyai nilai yang tersendiri dan semestinya mempunyai tahap kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang mendalam terhadap konsep gelagat organisasi ini misalnya Ketua Pegawai Eksekutif “CEO” Air Asia iaitu Datuk Tony Fernandes.Beliau mampu menguruskan keberkesanan tahap pengurusan organisasinya bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga mampu bersaing di peringkat global.Maka,tidak hairanlah ,syarikat tambang murah ini disegani oleh syarikat penerbangan yang lain yang bertaraf antarabangsa.Pengurusan yang berkualiti telah memberi kesan kepada gelagat organisasi kerana ia memerlukan pekerja di semua peringkat mahupun di peringkat atasan dan bawahan untuk membuat penilaian serta meningkatkan penglibatan diri dalam keputusan tenaga kerja.
Rujukan:
- Pengantar Gelagat Organisasi -OUM_IPD ( Versi Bahasa Melayu )
- Introduction to Organizational Behavior-OUM_IPD ( English Version )
- Ab.Aziz Yusuf ( 2003 ),Gelagat Organisasi TEori,Isu & Aplikasi, ( Petaling Jaya ).
- Gelagat Organisasi – www.uum.edu.my/sp/silibus/peniagaan/PMN2023.doc.
Thanks for sharing !
ReplyDeleteWhen it comes to Health, Safety and Environment solutions, Poshe Solutions Pvt. Ltd is the leading institute for all international safety courses.
Nebosh course in-chennai
Nebosh courses in chennai
Nebosh in Chennai
Nebosh IGC in Chennai
Iosh Ms in Chennai
Iosh courses in Chennai